Monday, February 28, 2011

Selamat Datang Februari..Bulan Cinta penuh kontroversi...

Opppsssss!!! Bulan Februari dah..mak oii!! Nampaknya i dah makin tua, ngeheheheee..silap-silap tua dan makin membesar..Huh! Fhening-fhening jugak bila cerita bab ’membesar’ ni. Membesar sungguh senang, mengecil tu yang susahnye....alahai... hehehe

My besdey..

Beberapa hari sebelum besdey, husband dah remind, besdey i menjelma tak lama lagi. ”dini kak nyambut” katanya. ”Nda ibuh meh kiruh-kiruh, makai aja ba pasar, udah..” kata i nie.. yang sebenarnya malas mengenang nak masak, cuci-cuci dan semua kerja-kerja yang sewaktu dengannya nanti.

.."Hepi besdey Dear," kata hubby bila bangun pagi ni. "Thanks," sambut i. Dah tu, turun kerja macam biasa. Lebat juga hujan pagi ni. Sedang sibuk urus kerja tetiba operator call sebab ada orang hantarkan bunga. Aku pon pegi kat lobby pejabat, di situ pakcik penghantar bunga sedang tunggu. Sampai je situ i check la mana tau betol ke tidak..memang bunga ni untuk i, so i ambik la. Thanks sweet heart for the flower..Harum semerbak opis aku kerana ini bunga...Petang tu hubby tunggu kat Spring sebab lepas tu, we nak tengok wayang (lupa dah cite ape ari tu). Tapi sebelum tu melepas lapar sambil melahap di SR dulu. Kebetulan pulang awal hari tu, Thanks hubby yang sabar menunggu aku pulang keja..muuaah!

On the Weekend pula is the celebration besdey of my mother in-law and me - serentak. Tq Dolina for the gift of perfumes ~sweet smell~ i like, cute besdey card by Megan and Jaja aswell Bi. And BTW itu chocolate cake sedap lah..Tq kepada yang seponsor cake iteew ya..hugs*


Kad yang didesign oleh Megan.. TQ girl, aunty suka kad ini. So kreative of you..

Aunty Snah by Megan


Artist's Signature - Megan and Jaja

Pictures taken during our neighbor busy celebrating Chinese New Year...Eden and Bruxell ketakutan and hide in the house, ketakutan dengar bunyi mercun..! Kesian mereka.. heheehe

Kontroversinya Bulan Cinta Februari ni....

Al-kisahnya, menurut sesetengah orang, bulan Februari nie tidak elok, sebab bulan untuk buat maksiat., couple-couple, bersunyi-sunyian, pergi disco...eh, betul ke..? tak caye..?

Tengok nie..

Komen anda..?

Macam mana pula yang ini...video tersebut amat berbeza pula dengan pendapat penulis di post link di bawah ini..

http://http//www.malaysiakini.com/letters/156188

Aduuhhh...i pula tercengang-cengang dengan video utube di atas, yang membuat kenyataan sedemikian rupa..Siapa tak terasa kan..? Terfikir juga; jahat sangat kah agama i nie..??? Yang peliknya dalam satu ceramah yang Kelab i anjurkan semalam, penceramah yang hebat tu (wanita muslim) pula kata (sorry.., let me be direct to the point ya).. ”Well, sex is nothing to do with Valentine’s Day(VD). Its just like the way you need to eat and drinks, meaning to say, it can be happen at any time and not on Valentine’s Day only!” - A trainer from Society Aids Concern Sarawak(SACS).

Apa yang i nak sampaikan di sini ialah, to my humble opinion, kes buang anak, maksiat, seks bebas tidak diajar dalam mana-mana agama. Pendek kata, perbuatan yang buruk dan tak baik ini, tak ada satu pun agama di dunia ini menggalakkan penganutnya membuat hal jelek tersebut. Masalahnya, ada pula segelintir orang (tak semua) yang tak reti bila buat kenyataan. Mereka cakap ikut sedap mulut je. Nasib juga Orang Kristian di Malaysia ni bukan jenis orang yang suka buat kecoh..kalau buat demonstrasi macam di Libya kan susah.. Akibatnya:


Ekonomi - -Meleset

Pelancong - - angkat kaki

Pelabur - - lari

Anak-anak - - tak dapat pegi sekolah

Pekerja - - tak turun kerja - - last-last tak da duit makan/minum - hidup melarat

Jiran sama jiran - - bermusuh

NEGARA - - HURU HARA


Kepada yang tak sayang mulut tu..SUKA ke kalau keadaan macam ni berlaku? Kat Malaysia lagi tuh...! Nak ke?

Jadi, tak kesah apa pun agama kita dalam Malaysia ni ~baik Kristian, Buddha, Islam, Hindu, Pagan dll, janganlah mencuit hal agama orang lain. Panjang ceritanya. Sebab tak gunanye bising-bising kat dunia yang fana nie. Tak de sudahnye.....Urusan kita dengan Tuhan sahaja. Jika orang buat dosa tu, itu adalah pilihan mereka sendiri. Janganlah pula agama mereka dikeji....Mintak-mintaklah perkara begini tidak berlaku lagi...


Fikir-fikirkan, dan selamat beramal....


Salam 1Malaysia


Note: Sebenar-benarnya post ini dah di keluarkan, tapi i thought its not perfect kalau ada sesuatu element dalam event tersebut tertinggal....Jadi kali ini, semuanya dah ada..then shud be okay...

No comments:

Post a Comment