Terkenang suatu masa dulu..ketika masih menuntut di bangku Sekolah Menengah Belaga. Cerita ini benar-benar berlaku. Aku mengalami sendiri beberapa peritstiwa peliks peliks...antaranya ialah..
...Petang tu kira-kira pukul 6.30pm aku masih lagi berada di dewan makan sekolah, kerana menjaga budak-budak yang membersihkan dewan selepas makan malam. Nak tinggalkan bebudak pon tak boleh, nanti kena cari dek warden, walapun ada kawan-kawan lain sama duty dengan aku masa tu. Well, cerita sedikit yea..kalau pasal makan, pengawas/prefect di sekolah kami special sikit..kami ada bilik makan khas untuk pengawas, makanan pun di sedia khas untuk kami, sama menula tapi diasingkan dan disimpan dalam bilik tersebut. So, sesiapa pengawas yang ’on duty’ tu, mereka makan lah di bilik makan tersebut. Biasanya cikgu-cikgu yang bujang pun makan dengan kami.
Disambung cerita, selepas mengawas budak-budak bertugas di dewan makan, aku pun pulang ke asrama untuk mandi sebelum pergi kelas belajar malam yang bermula pukul 7 malam. Hari waktu itu pun dah samar-samar gelap kerana dah senja iaitu kira-kira pukul 7 malam. Aku pilih untuk mandi di sebelah hujung bilik air, walau pun ada tempat mandi di bahagian tengah bangunan tersebut, yang tidak begitu jauh, iaitu kira-kira 4 langkah sahaja dari tempat mandi di hujung bilik air tersebut. Sedang aku mandi sambil nyanyi-nyanyi kecil aku terdengar bunyi hiruk pikuk orang mandi di ruang tengah bilik air, siap dengan bunyi orang simbah air, bunyi orang berus pakaian, suara orang bercakap yang tak jelas butiran percakapan mereka dan macam-macam lagi. Aku terfikir, ..’eh tadikan takda pun orang di sini..., lambat jugak budak-budak ni mandi,’ fikir ku. Mendengar bunyi riuh tersebut aku menyergah mereka, ’Hoi !! Lambat benar you all mandi, cepat sikit, dah lambat ni!’ kataku. Suara-suara dan bunyi tadi pun berhenti sejenak dan....sedikit demi sedikit kedengaran bunyi riuh tadi sekali lagi malah semakin kuat bunyinya kali ini. Lalu aku pun nak pastikan siapakah yang lewat mandi tersebut, manalah tahu mereka budak-budak yang duty kat dewan tadi. Sampai saja di ruang tengah bilik air, alangkah terkejutnya aku bila mendapati tidak ada seorang pun manusia berada di situ!! Mana pergi semua setelah keriuhan tadi!!! Serentak pula tu! Mak ai...’dia’ lah ni,’ cetus hati ku. Bulu roma pun dah mula meremang! Lalu aku pun cepat-cepat bergegas ke asrama. Mujur lah aku tinggal kat tingkat bawah asrama dua tingkat tu (Asrama Cempaka Ground floor, Asrama Dahlia 1st floor). Aku pun tukar pakaian cepat-cepat dan bergegas ke kelas! Rambut pun aku tak sempat uruskan weeiiii...! Sambil berjalan tergopoh-gopoh ke kelas, sempat juga aku menoleh ke belakang melihat bangunan asrama yang gelap itu...Seramnya! Seram sejuk terasa. Malam tu, aku lalu tak nyenyak tido....
Pada masa yang lain, semasa menuntut di sekolah yang sama...
Satu petang Sabtu, aku dan kawan-kawan mengambil keputusan untuk mandi sungai. Air paip ada disediakan, tapi kami ingin mandi-manda sambil berenang di sungai Balui yang jauhnya kira-kira 10 minit dari asrama.
Dalam perjalanan ke tebing sungai, kami akan melalui tanah terbiar di tebing sungai tersebut. Oh ya, berdekatan dengan tebing sungai tempat kami mandi ialah kawasan perkuburan. Kawasan yang kami lalui untuk ke tebing sungai pon sebenarnya kawasan perkuburan masa zaman perang dulu. Dalam perjalanan, kawan-kawan ku (sepupu dan seorang lagi kawan) telah sampai terlebih dahulu di tebing sungai sementara aku pula masih berlengah-lengah sambil meneliti tanah disitu. Tebing sungaikan, tanahnya berpasir sedikit berlumpur, maklumlah kawasan tu rendah dan mudah sangat dilanda banjir. Tiba-tiba mataku ternampak satu lubang di tanah sebesar lengan. Aku pun nak tahu sangat lubang apa, jadi aku carilah sebatang kayu, cun-cun pulak terjumpa sebatang kayu dan menjolok lubang dalam tanah tersebut. Wah! Dalam juga lubang tersebut jika dikira sampai kedasarnya. Yang peliknya dibawah sana, dasar tadi bila dihentak dengan stick/kayu tersebut, ianya berbunyi. Oppss! Bukan batu atau tanah...aku hentak lagi dengan kayu tersebut, memang berbunyilah. Seperti bunyi bekas sesuatu. Lantas aku terfikir, ’aduh, jangan-jangan ini................. Apalagi meremang leee bulu roma ..huhuhuuu....Sejurus kemudian petir berdentum dengan kuatnya dan serentak dengan itu kilat pula memancar......Uiihh apakah halnya ni kata ku ketakutan. Apa lagi ,aku pun lintang pukang melarikan diri ke asrama. Sepupuku dan kawan aku pun melarikan diri ke asrama kerana guruh tiba-tiba je terjadi waktu itu........
Kawasan-kawasan di situ(sekolah dan asrama) memang tempat perkuburan masa zaman perang dulu. Dekat kawasan asrama pun ada lubang-lubang tanah yang nampak pelik je rupanya......
What an experiences. Macam cerita bohong ya? Tapi itulah kenyataannya pengalamanku yang beno-beno terjadi dulu.......semasa menuntut di SEMEKAB.
No comments:
Post a Comment