Tuesday, October 19, 2010

Baru jumpa ini....

Kenangan lamak 2008. This article was published on Disember 5th 2008..


Jalinan muhibah

Oleh Rozdan Mazalan
rozdan@bharian.com.my

Bintang Irama Malaysia terbitan RTM pikat pelbagai kaum, kualiti peserta bukan Melayu meningkat

KEJAYAAN penganjuran kali kedua Pertandingan Akhir Bintang Irama Malaysia bukan sekadar melahir bakat baru dalam bidang seni, malah menarik pelbagai kaum untuk menyertainya.
Pertandingan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW) dengan kerjasama RTM menjadi satu-satunya program yang dapat menyatukan semua kaum di negara ini mengangkat irama Malaysia sebagai taruhan.

Sebanyak 11 peserta akhir yang terdiri daripada Melayu, Cina, India dan Iban berjaya menjadi peserta akhir daripada 800 peserta yang diuji bakat yang dijalankan bermula Mei lalu.
Daripada jumlah itu, 200 adalah peserta bukan Melayu yang hadir untuk sesi uji bakat. Ini menunjukkan penganjuran Bintang Irama Malaysia mendapat perhatian masyarakat seluruh negara.
Malam Sabtu lalu berlangsungnya pertandingan akhir yang diadakan di Auditorium Perdana Angkasapuri yang dipenuhi dengan penyokong peserta akhir.

Image
DARI kiri; Norfazlina, Nurain Asyikin dan
Mohd Akhiri bersama hadiah masing-masing.
Menurut Nurain penuntut tingkatan empat Maktab Sabah ini, kejayaan yang diperoleh memeranjatkan dirinya yang tidak pernah menyangka akan kemenangan itu.
“Apa yang saya lakukan pada persembahan akhir ini adalah cuba buat yang terbaik dan berserah kepada rezeki,” katanya.
“Dengan kemenangan ini saya belum tahu lagi untuk membuat apa dan tidak sabar untuk berkongsi kegembiraan ini dengan keluarga di Sabah,” katanya yang menerima wang tunai RM10,000, piala pusingan dan iringan serta sijil.

Tempat kedua dimenangi Norfazlina Awang (Negeri Sembilan) termasuk kategori Vokal Terbaik yang membawa pulang wang tunai RM8,000 dan RM2,000, dua piala dan sijil.

Tempat ketiga dimenangi peserta dari Pekan, Pahang, Mohd Akhiri Muda yang menerima RM6,000. Persembahan Terbaik dimiliki peserta Cina dari Melaka, Tan Yen Ming dan Anugerah Khas Juri dimenangi peserta India, Visvanathan Singh.

Masing-masing menerima RM3,000, piala dan sijil penyertaan. Manakala semua peserta yang tidak berjaya membawa pulang wang tunai RM1,000, piala dan sijil penyertaan.
“Pada mulanya saya bimbang kerana tidak pernah tahu mengenai pertandingan ini lebih-lebih lagi terpaksa membawa lagu berentak irama Malaysia yang saya tidak pernah tahu lenggoknya.

“Namun saya memberanikan diri untuk menyertai pertandingan ini dan menyahut apa saja cabaran yang mendatang. Dengan kejayaan ini menjadi penguat semangat saya untuk terus berada dalam bidang ini dan sekiranya rezeki berpihak, saya ingin menjadi seperti Datuk DJ Dave,” katanya.

Pertandingan yang dihoskan Ivan Toh dan pelakon Lisa Surihani sebagai pengacara turut disajikan dengan persembahan artis jemputan seperti Zamani (Slam), Nora, Nana, Han, Den Bisa, Snah Ukong, Siti Noor Mohd Rozi dan Azizzul Haqim Md Anuwar.

Arigato gozaimas saudara Rodzan..

No comments:

Post a Comment