Hey! Have you ever watch this movie called URI? Its just a simple movie BUT does touch anyone's heart for its simple story lines, watak selamba JIMBAU, beautiful scenery and very clear picture.... I very the suke cara camera man ambik gambar movie ni..
THE MOST important thing about this movie is how they highlight the local dialects- Iban and Melayu Sarawak. I like the way they speak though its not perfect, walau tak sesempurna orang kita kelaka or bejaku la..:). Penggambaran cerita ni pula dibuat di Kuching dan sekitar Kuching serta Betong. Ahhaaa...... di 2 lokasi berbeza ini, ada kekuatan dalam visual yang diambil. Di Kuching - di highlightkan Dewan Undangan Negeri yang baru, kawasan Muzium Negeri serta Kompleks Pelancongan manakala di Betong di highlightkan pemandangan alam sekitar, kejernihan sungai, perahu panjang serta kampung orang Iban. Sungainya fuyyoooo... cantik kerangan di situ.. so the breath taking..
Ok, yang saya maksudkan ia menyentuh ke jiwa di atas tu ialah , cerita ni sedikit berbeza dengan cerita-cerita yang disiarkan di kaca tv kita sekarang ini, dari segi latar belakang kehidupan masyarakat, budaya, loghat bahasa serta alam semula jadi dimana sedikit keberbezaan itulah yang meningkatkan 'kelas' cerita ini dari cerita yang lain. Walaupun sederhana cerita URI mempunyai tempat tersendiri, khas nya di kalangan hati masyarakat Sarawak....
Jadi, orang Sarawak, bila lagi nak produce cerita epik masyarakat kita??? Banyak juga cerita legenda hero masyarkat kita yang saya tahu.. Seperti masyarakat Kayan, kita ada cerita legenda Lake' Dian dahin Keligit, Kalau masyarakat Iban terkenal dengan Pahlwaan Rentapnya atau cerita legenda yang lain(saya tak pasti nama hero cerita legenda masyarakat Iban) dan masyarakat Bidayuh pula terkenal dengan cerita legenda Pahlawan Kulou nya...Bila lah kita nak tengok cerita -cerita ini di pawagam, kan..? Harap2 tak lama lagi...
Oh ya, terlupa...satu hal yang menarik hati beta terhadap filem URI ni ialah lagu tema nya..BEST.. Tajuknya Setia Menanti hasil nukilan tangan Jerry kamit.
Lama tak menjenguk di ruangan ini.. Kesibukan terlalu menuntut untuk memenuhi kehendaknya. KERJA – untuk sesuap nasi..tak apa.... yang penting itulah harga dari jerih payah dan titik peluh sendiri..asalkan tidak menyusahkan orang lain, cukup. Bersyukur atas kekuatan Mu Bapa.
Ya, Hari Ini dalam sejarah…. Mungkin bagi orang lain ianya tidak bernilai..tapi aku hargai semua ruang dan peluang yang diberi – ruang ini juga 'menuntut' masa yang sedetik ada.. KERJA..macam Tuhan juga kerja ni kadang-kadang, dan selalunya..kan?
Mulai 14 Mac 2011, masa siaran WAIfm Kayan telah ditambah lagi 3 jam iaitu dari pukul 12 tengahari hingga pukul 3 petang dan siaran jam 3 petang hingga 6 petang diteruskan seperti biasa. Masa siaran baru tersebut disiar melalui gelombang FM101.7 dan FM106.1 yang meliputi kawasan Kuching-Samarahan-Serian. Sesungguhnya penambahan masa tersebut memberi satu nafas baru bagi saluran WAIfm Kayan.
Hasrat hati memang nak tambah lagi ’air time’ yang ada sekarang..jika ada rezeki akan diusahakan lagi. Chaiyok-chaoiyok..kepada semua pendengar setia WAIfm Kayan, terima kasih kerana sentiasa menyokong kami selama ini.
Pano piwei peldah te' alan..
Pelihei sayu asen timah lale'..
Kalo' men radio Kayan bara sayu kenep lan..
Men itam aleng pa'en paji dahin kame'
Bua Belti sak selirah,
Jam na' mi en kenep nyeliram
O itam aleng te' ha' Baram, Belagah dahin hino-hino' tua
Today, i feel so ashamed about this column in this newspaper. What is this people thinking they are doing? This is some sort of fun to them..? I have no idea...They should thinking that we should be so thankful living in this country while other people are trying hard to live their life and facing alot of difficulties in their home country......What? Want to face the same thing and think that we are better in handling such disaster then others..? Think again...
Bak kata Pak Rais dalam berita Jam 5 Klasik Nasional (14.3.2011) berkata; "....jgn ada apa2 humor yang meyakitkan dan memilukan hati manusia. Dan ini perlu kita hadapi bersama. Kali ini mungkin Jepun, pada masa akan datang mungkin di pantai timur kita, kita blum tau........."
iReport —
Local Malaysian newspaper Berita Harian published a caricature in their editor's column today that depicts the popular Japanese cartoon character Ultraman as trying to outrun an incoming tsunami.
The publication has received tremendous criticisms by readers, who accuse the editors as being "inconsiderate and distasteful". Several political leaders have even stepped out and demand a public apology, to which the editors promptly made on their publication's Facebook fan page.
I heard this song on channel Lite and Easy today... just wonder what was it all about though..beautiful music and vocal combination by Julio Iglesias.
VINCENT Starry starry night, paint your palette blue and gray, Look out on a summer's day With eyes that know the darkness in my soul. Shadows on the hills, sketch the trees and the daffodils, Catch the breeze and the winter chills In colors on the snowy linen land. Now I understand what you tried to say to me, How you suffered for your sanity, How you tried to set them free. They would not listen they did not know how. Perhaps they'll listen now.
Starry starry night, flaming flowers that brightly blaze, Swirling clouds in violet haze Reflect in Vincent's eyes of china blue. Colors changing hue, morning fields of amber grain, Weathered faces lined in pain Are soothed beneath the artist's loving hand. For they could not love you, but still your love was true, And when no hope was left inside on that starry starry night You took your life as lovers often do, But I could have told you Vincent, This world was never meant for one as beautiful as you.
Starry starry night, portraits hung in empty halls, Frameless heads on nameless walls With eyes that watch the world and can't forget. Like the strangers that you've met, the ragged men in ragged clothes, The silver thorn of bloody rose Lie crushed and broken on the virgin snow. Now I think I know what you tried to say to me, How you suffered for your sanity, how you tried to set them free. They did not listen, they're not listening still, perhaps they never will.
Ketika hujan turun menitis menyiram bumi lantas takungan air pun melimpah dari sang kali... lalu tersenyumlah sang melati penghuni setia di tepi kali kerana hujan memberi nafas kepada melati yang sentiasa setia menguntum kelopak kemarau tanpa dikira
Tapi beza pula makhluk bernyawa yang tiada ceritanya menatap hari berlalu yang tiada berisi berita hanya kosong mengisi sarang kenangan digantung sepi di dinding yang elok terperangkap rapi dalam bingkai waktu yang terus berlalu
Opppsssss!!! Bulan Februari dah..mak oii!! Nampaknya i dah makin tua, ngeheheheee..silap-silap tua dan makin membesar..Huh! Fhening-fhening jugak bila cerita bab ’membesar’ ni. Membesar sungguh senang, mengecil tu yang susahnye....alahai... hehehe
My besdey..
Beberapa hari sebelum besdey, husband dah remind, besdey i menjelma tak lama lagi. ”dini kak nyambut” katanya. ”Nda ibuh meh kiruh-kiruh, makai aja ba pasar, udah..” kata i nie.. yang sebenarnya malas mengenang nak masak, cuci-cuci dan semua kerja-kerja yang sewaktu dengannya nanti.
.."Hepi besdey Dear," kata hubbybila bangun pagi ni. "Thanks," sambut i. Dah tu, turun kerja macam biasa. Lebat juga hujan pagi ni. Sedang sibuk urus kerja tetiba operator call sebab ada orang hantarkan bunga. Aku pon pegi kat lobby pejabat, di situ pakcik penghantar bunga sedang tunggu. Sampai je situ i check la mana tau betol ke tidak..memang bunga ni untuk i, so i ambik la. Thanks sweet heart for the flower..Harum semerbak opis aku kerana ini bunga...Petang tu hubby tunggu kat Spring sebab lepas tu, we nak tengok wayang (lupa dah cite ape ari tu). Tapi sebelum tu melepas lapar sambil melahap di SR dulu. Kebetulan pulang awal hari tu, Thanks hubby yang sabar menunggu aku pulang keja..muuaah!
On the Weekend pula is the celebration besdey of my mother in-law and me - serentak. Tq Dolina for the gift of perfumes ~sweet smell~ i like, cute besdey card by Megan and Jaja aswell Bi. And BTW itu chocolate cake sedap lah..Tq kepada yang seponsor cake iteew ya..hugs*
Kad yang didesign oleh Megan.. TQ girl, aunty suka kad ini. So kreative of you..
Aunty Snah by Megan
Artist's Signature - Megan and Jaja
Pictures taken during our neighbor busy celebrating Chinese New Year...Eden and Bruxell ketakutan and hide in the house, ketakutan dengar bunyi mercun..! Kesian mereka.. heheehe
Kontroversinya Bulan Cinta Februari ni....
Al-kisahnya, menurut sesetengah orang, bulan Februari nie tidak elok, sebab bulan untuk buat maksiat., couple-couple, bersunyi-sunyian, pergi disco...eh, betul ke..? tak caye..?
Tengok nie..
Komen anda..?
Macam mana pula yang ini...video tersebut amat berbeza pula dengan pendapat penulis di post link di bawah ini..
Aduuhhh...i pula tercengang-cengang dengan video utube di atas, yang membuat kenyataan sedemikian rupa..Siapa tak terasa kan..? Terfikir juga; jahat sangat kah agama i nie..???Yang peliknya dalam satu ceramah yang Kelab i anjurkan semalam, penceramah yang hebat tu (wanita muslim) pula kata (sorry.., let me be direct to the point ya).. ”Well, sex is nothing to do with Valentine’s Day(VD). Its just like the way you need to eat and drinks, meaning to say, it can be happen at any time and not on Valentine’s Day only!” - A trainer fromSociety Aids Concern Sarawak(SACS).
Apa yang i nak sampaikan di sini ialah, to my humble opinion, kes buang anak, maksiat, seks bebas tidak diajar dalam mana-mana agama. Pendek kata, perbuatan yang buruk dan tak baik ini, tak ada satu pun agama di dunia ini menggalakkan penganutnya membuat hal jelek tersebut. Masalahnya, ada pula segelintir orang (tak semua) yang tak reti bila buat kenyataan. Mereka cakap ikut sedap mulut je. Nasib juga Orang Kristian di Malaysia ni bukan jenis orang yang suka buat kecoh..kalau buat demonstrasi macam di Libya kan susah.. Akibatnya:
Ekonomi - -Meleset
Pelancong - - angkat kaki
Pelabur - - lari
Anak-anak - - tak dapat pegi sekolah
Pekerja - - tak turun kerja - - last-last tak da duit makan/minum - hidup melarat
Jiran sama jiran - - bermusuh
NEGARA - - HURU HARA
Kepada yang tak sayang mulut tu..SUKA ke kalau keadaan macam ni berlaku? Kat Malaysia lagi tuh...! Nak ke?
Jadi, tak kesah apa pun agama kita dalam Malaysia ni ~baik Kristian, Buddha, Islam, Hindu, Pagan dll, janganlah mencuit hal agama orang lain. Panjang ceritanya. Sebab tak gunanye bising-bising kat dunia yang fana nie. Tak de sudahnye.....Urusan kita dengan Tuhan sahaja. Jika orang buat dosa tu, itu adalah pilihan mereka sendiri. Janganlah pula agama mereka dikeji....Mintak-mintaklah perkara begini tidak berlaku lagi...
Fikir-fikirkan, dan selamat beramal....
Salam 1Malaysia
Note: Sebenar-benarnya post ini dah di keluarkan, tapi i thought its not perfect kalau ada sesuatu element dalam event tersebut tertinggal....Jadi kali ini, semuanya dah ada..then shud be okay...
Akhir-akhir ini entah kenapa cerita-cerita seram menjadi begitu popular.. bak kata omputih..'i have no idea', kenapa cerita seram begini menjadi kegilaan orang. Bak kata orang, everything under the sun has its own times..even me and hubby pon suka tengok cite seram nie....cerita Zombie lah contohnya. Dulu aku tak hingin sangat nat tengok citer macam ni, takut lah! Tapi sejak ada teman yang suka cerita begitu, aku pun terpengaruh juga. Well, satu hobi jugalah menonton ni, terutama cerita seram lah. Kalau cerita ganas tu, tak dapat ye, payah sikit.
Terkenang suatu masa dulu..ketika masih menuntut di bangku Sekolah Menengah Belaga. Cerita ini benar-benar berlaku. Aku mengalami sendiri beberapa peritstiwa peliks peliks...antaranya ialah..
...Petang tu kira-kira pukul 6.30pm aku masih lagi berada di dewan makan sekolah, kerana menjaga budak-budak yang membersihkan dewan selepas makan malam. Nak tinggalkan bebudak pon tak boleh, nanti kena cari dek warden, walapun ada kawan-kawan lain sama duty dengan aku masa tu. Well, cerita sedikit yea..kalau pasal makan, pengawas/prefect di sekolah kami special sikit..kami ada bilik makan khas untuk pengawas, makanan pun di sedia khas untuk kami, sama menula tapi diasingkan dan disimpan dalam bilik tersebut. So, sesiapa pengawas yang ’on duty’ tu, mereka makan lah di bilik makan tersebut. Biasanya cikgu-cikgu yang bujang pun makan dengan kami.
Disambung cerita, selepas mengawas budak-budak bertugas di dewan makan, aku pun pulang ke asrama untuk mandi sebelum pergi kelas belajar malam yang bermula pukul 7 malam. Hari waktu itu pun dah samar-samar gelap kerana dah senja iaitu kira-kira pukul 7 malam. Aku pilih untuk mandi di sebelah hujung bilik air, walau pun ada tempat mandi di bahagian tengah bangunan tersebut, yang tidak begitu jauh, iaitu kira-kira 4 langkah sahaja dari tempat mandi di hujung bilik air tersebut. Sedang aku mandi sambil nyanyi-nyanyi kecil aku terdengar bunyi hiruk pikuk orang mandi di ruang tengah bilik air, siap dengan bunyi orang simbah air, bunyi orang berus pakaian, suara orang bercakap yang tak jelas butiran percakapan mereka dan macam-macam lagi. Aku terfikir, ..’eh tadikan takda pun orang di sini..., lambat jugak budak-budak ni mandi,’ fikir ku. Mendengar bunyi riuh tersebut aku menyergah mereka, ’Hoi !! Lambat benar you all mandi, cepat sikit, dah lambat ni!’ kataku. Suara-suara dan bunyi tadi pun berhenti sejenak dan....sedikit demi sedikit kedengaran bunyi riuh tadi sekali lagi malah semakin kuat bunyinya kali ini. Lalu aku pun nak pastikan siapakah yang lewat mandi tersebut, manalah tahu mereka budak-budak yang duty kat dewan tadi. Sampai saja di ruang tengah bilik air, alangkah terkejutnya aku bila mendapati tidak ada seorang pun manusia berada di situ!! Mana pergi semua setelah keriuhan tadi!!! Serentak pula tu! Mak ai...’dia’ lah ni,’ cetus hati ku. Bulu roma pun dah mula meremang! Lalu aku pun cepat-cepat bergegas ke asrama. Mujur lah aku tinggal kat tingkat bawah asrama dua tingkat tu (Asrama Cempaka Ground floor, Asrama Dahlia 1st floor). Aku pun tukar pakaian cepat-cepat dan bergegas ke kelas! Rambut pun aku tak sempat uruskan weeiiii...! Sambil berjalan tergopoh-gopoh ke kelas, sempat juga aku menoleh ke belakang melihat bangunan asrama yang gelap itu...Seramnya! Seram sejuk terasa. Malam tu, aku lalu tak nyenyak tido....
Pada masa yang lain, semasa menuntut di sekolah yang sama... Satu petang Sabtu, aku dan kawan-kawan mengambil keputusan untuk mandi sungai. Air paip ada disediakan, tapi kami ingin mandi-manda sambil berenang di sungai Balui yang jauhnya kira-kira 10 minit dari asrama. Dalam perjalanan ke tebing sungai, kami akan melalui tanah terbiar di tebing sungai tersebut. Oh ya, berdekatan dengan tebing sungai tempat kami mandi ialah kawasan perkuburan. Kawasan yang kami lalui untuk ke tebing sungai pon sebenarnya kawasan perkuburan masa zaman perang dulu. Dalam perjalanan, kawan-kawan ku (sepupu dan seorang lagi kawan) telah sampai terlebih dahulu di tebing sungai sementara aku pula masih berlengah-lengah sambil meneliti tanah disitu. Tebing sungaikan, tanahnya berpasir sedikit berlumpur, maklumlah kawasan tu rendah dan mudah sangat dilanda banjir. Tiba-tiba mataku ternampak satu lubang di tanah sebesar lengan. Aku pun nak tahu sangat lubang apa, jadi aku carilah sebatang kayu, cun-cun pulak terjumpa sebatang kayu dan menjolok lubang dalam tanah tersebut. Wah! Dalam juga lubang tersebut jika dikira sampai kedasarnya. Yang peliknya dibawah sana, dasar tadi bila dihentak dengan stick/kayu tersebut, ianya berbunyi. Oppss! Bukan batu atau tanah...aku hentak lagi dengan kayu tersebut, memang berbunyilah. Seperti bunyi bekas sesuatu. Lantas aku terfikir, ’aduh, jangan-jangan ini................. Apalagi meremang leee bulu roma ..huhuhuuu....Sejurus kemudian petir berdentum dengan kuatnya dan serentak dengan itu kilat pula memancar......Uiihh apakah halnya ni kata ku ketakutan. Apa lagi ,aku pun lintang pukang melarikan diri ke asrama. Sepupuku dan kawan aku pun melarikan diri ke asrama kerana guruh tiba-tiba je terjadi waktu itu........
Kawasan-kawasan di situ(sekolah dan asrama) memang tempat perkuburan masa zaman perang dulu. Dekat kawasan asrama pun ada lubang-lubang tanah yang nampak pelik je rupanya......
What an experiences. Macam cerita bohong ya? Tapi itulah kenyataannya pengalamanku yang beno-beno terjadi dulu.......semasa menuntut di SEMEKAB.
Welcome..
This space is just a place for me to write anything, improved my writing skills and share my tought, life experiences, people around me or life perspectives and views.