Banyak juga yang berlaku last week..jadi entry kali ni akan ditulis dengan format berlainan sikit...nak buat macam diary lah kali ni.
So here it is.
Tengah hari Sabtu (17/10/09)
Hari ni, aku turun opis, bukan untuk keje tapi ada program sikit. Hari ini kementerian kami menetapkan untuk membuat majlis untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Jadi memandangkan aku salah seorang dari penerima, jadi aku turun lah ke opis. Majlis tersebut di buat di Auditorium P. Ramlee - kat opis kami lah.
Secara peribadi, aku begitu gembira melihat sahabat taulan yang lain turut sama menerima anugerah ini. Tahniah untuk semua dan diri saya sendiri.
Nak tahu kriteria untuk menerima APC? Mengikut hemat saya, antaranya ialah (wah macam nujum saja bunyi nya, hehehe);
i) Prestasi SKT 90% ke atas - tapi kalau SKT mencecah 98%-100% itu malaikat-jadi merepek.
Namun ranking markah keboleterimaan ialah melebihi 90% markah Sasaran Kerja Tahunan, SKT
ii) Hasil kerja yang bermutu
iii) Perlaksanaan kerja dapat diselesaikan mengikut sasaran
iv) Berdisiplin - Cth: Masa, Kehadiran di pejabat, penghasilan kerja mengikut masa yang ditetapkan, cara berpakaian.
v) Sumbangan kepada Jabatan - Terlibat dengan aktiviti luar mewakili Jabatan
vi)Pencapaian di luar - selain dari Jabatan, yang memberi nama baik kepada Jabatan
vii)Terlibat aktif dengan aktiviti Jabatan
Senarai di atas adalah anggaran beberapa perkara yang akan dipertimbangkan semasa pemilihan pemberian penganugerahan APC dibuat. Tak mudah...! Walaupun demikian, I am not saying that i am the best. Maybe i did fulfill little bit of the kriteria yang telah digariskan. Pun begitu, i tetap bersyukur kerana dipilih untuk menerima APC tahun ini. Diharapkan agar ia terus menjadi inspirasi untuk terus bertugas dan berkarya alam pekerjaan saya. Thank God for he allow me to be where i am now, walaupun tidak mudah. But I believe the strenght and wisdom given by God help me trhough.
Sawai, Jum'atun & Me
Sebilangan Penerima APC
Lepas tu, aku masuk konti, melihat Superwoman ini bertugas..
hehehe sempat..demi chennta pada tugas..aiseh
............
Petang Sabtu (17/10/09)
Selepas majlis APC aku terus bergegas ke Santubong Resort untuk menghadiri Family Day Kelab Rekreasi RTM. Kawan aku catherine Biem dan pun menunggu siap-siap di SMS lagi aku tanya dah ke belom majlis APC kami. Sejurus sampai terus check in di bilik Cath, lepas tu cari barang makan. Lapar ooo..majlis APC tadi tak makan, ramai sangat orang jadi malas lah nak join mereka.
Ahli AJK juga tidak ketinggalan. Kalau tak nak join games, kena tarik duduk di kerusi itu lah jawabnya. Jadi aku pun tak ketinggalan. Tapi yang lucunya, aku pula orang yang paling awal keluar untuk kategori remaja, hehehe...aha tak larat lah nak berebut duduk atas kerusi tu, huhuhuhu..Tapi enjoy banget dong!
Get ready
Go..!
UUpppss!! aku terkeluar, tak larat berebut kerusi huhuhuhuu
Selain dari itu, sedikit cenderamata juga diberi untuk semua yang hadir. Kemuncak acara ialah cabutan bertuah hamper sebesar kapal Titanic (eheheh) yang mengandungi 8 tin biskut!!! Tau siapa menang? TPKI! Hahahahhaa.. boleh tahan! Tapi awal-awal lagi beliau memang dah kata (macam tau-tau je) yang dia akan dapat hamper besar tu. Wah!! Masin mulut kau boss! Hahaha!
Jika direnung bersama, aktiviti seperti ini sebenarnya dapat mengeratkan tali silaturahim semua kakitangan jabatan. Dengarnya, satu lagi Open Day akan di buat oleh RTM hujung tahun ni...sama-sama kita tunggu dan lihat. Semoga ianya berjaya seperti tahun yang sudah-sudah.
On the way back home...so peacefulkan..? I really thankful for the keamanan dan kedamaian yang kita miliki di Malaysia khasnya di SARAWAK Bumi Kenyalang . People, come, lets together keep and take care the peaceful life that we have enjoy and treasure now.
No comments:
Post a Comment