Thursday, July 5, 2012

pucuk ubi, sambal cili...?

Errm ini dia menu malam ini. Simpel je. Tapi tak pe, sayur kampong kesukaan ku. Dah penat kerja seharian, jadi malas nak singgah-singgah di kedai makan. Hasrat hati nak terus balik rumah dan rehat. Dahlah penat sangat kerja seharian. Dah tu boleh lah main masak-masak, ahakss!  Untuk makan malam ni nak masak pucuk daun ubi je. Versi Tangoh Ito’. Maksudnya pucuk ubi tak payah di tumbuk lumat, cukup dipulas hingga hancur, ala macam pulas daun pucuk manis tu.. 

Orait, bahan-bahan untuk menu malam ni. Berdasarkan apa shajak yang ada dalam fridge la, malas nak singgah di kedai cari sin bavui atau luhing.

Nah i  nak pakai bawang merah jer.. Tak pe, versi  i lah kan. Cuma i nak goreng daging ayam tu dengan bawang ni je. Ada orang kalau masak pucuk ubi, mesti pakai bawang putih, sebab nak buangkan bau daun pucuk ubi tu. Dah tu tumbuk cili dan bawang merah tu same-same, supaya lumat. Kalau nak buang bau pucuk ubi ni, kita juga boleh gunakan serai. I terlupa nak ambik gambar serai masa ni. Serai tu pun kena tumbuk sikit supaya keluarkan aromanya yang harum.

Ni dia daging ayam. Jangan lupe buang kulit dan lemaks ye. Lepas tu hiris halus-halus mengikut citarasa.
Lalalaa daun cik pucuk ubi i.. daun ni hanya perlu di pulas hingga hancur.

Okay, bila semua bahan dah siap, goreng lah bawang tu dan cili sehingga naik baunya, masukkan daging ayam dan daun pucuk ubi. Gaul hingga rata. Tudungkan, 4-5 minit kemudian, gaul lagi. Api kena jaga jaga. Jangan lupa jenguk-jenguk masakan kita takut terhangus nanti. Setelah lebih kurang 15 minit, bila dah masak, angkat lah. Hidang dengan nasi. Lihatlah hasilnya dibawah tu...


Pucuk ubi sambal cili

Tadaaa..!! Ini lah hasilnya goreng pucuk ubi sambal cili i.. Ni i kurangkan kuantiti cili, sebab tak nak dia jadi pedas sangat, nanti hubby tak dapat makan.

Macam-macam cara untuk memasak pucuk daun ubi ni. Pucuk daun ubi yang telah ditumbuk lumat boleh di goreng dengan  umbut dan bunga kantan (umbut tepus kata orang Sarawak) terung pipit dan luhing, campur garam, msg atau gula. Selain dari itu luhing tadi juga boleh diganti dengan ikan patin. Pun sedaaapp!

Selain dari itu, daun pucuk ubi yang telah ditumbuk lumat juga boleh direbus begitu sahaja tanpa menggoreng dan mencampur semua rempah dan bahan-bahan diatas kecuali perisa seperti garam, msg atau pun gula (mengikut selera) semasa merebusnya. Pucuk daun ubi hanya direbus begitu sahaja sehingga masak, dimana  air (cukup sukatan untuk dijadikan sup) perlu dimasak terlebih dahulu dalam kuali sehingga mendidih, kemudian barulah masukkan daun pucuk ubi tadi, lepas tu boleh lah  dihidangkan  jadi sayur rebus pucuk ubi.  Cara ini pun sedap juga, terutama untuk orang tua kita yang kadang-kadang tak da selera nak makan serta malas dah nak makan makanan bergoreng, cara inilah selalunya jadi pilihan. Makanan rebus ni pun tak kurang hebatnya, kerana baik dari sudut kesihatan. Saya belajar cara ini pun dari mak mentua. Sedap tau. Kalau rasa nak ummph lagi, tambahlah cili, nah, kan mantaps! Hehee

No comments:

Post a Comment