Orait, bahan-bahan
untuk menu malam ni. Berdasarkan apa shajak yang ada dalam fridge la, malas nak
singgah di kedai cari sin bavui atau luhing.
Ni dia daging
ayam. Jangan lupe buang kulit dan lemaks ye. Lepas tu hiris halus-halus mengikut citarasa.
|
Lalalaa daun cik
pucuk ubi i.. daun ni hanya
perlu di pulas hingga hancur.
|
Okay, bila semua
bahan dah siap, goreng lah bawang tu dan cili sehingga naik baunya, masukkan
daging ayam dan daun pucuk ubi. Gaul hingga rata. Tudungkan, 4-5 minit
kemudian, gaul lagi. Api kena jaga jaga. Jangan lupa jenguk-jenguk masakan
kita takut terhangus nanti. Setelah lebih kurang 15 minit, bila dah masak, angkat
lah. Hidang dengan nasi. Lihatlah hasilnya dibawah tu...
Pucuk ubi sambal cili |
Tadaaa..!! Ini
lah hasilnya goreng pucuk ubi sambal cili i.. Ni i kurangkan kuantiti cili,
sebab tak nak dia jadi pedas sangat, nanti hubby tak dapat makan.
Macam-macam cara
untuk memasak pucuk daun ubi ni. Pucuk daun ubi yang telah ditumbuk lumat boleh
di goreng dengan umbut dan bunga kantan (umbut
tepus kata orang Sarawak) terung pipit dan luhing, campur garam, msg atau gula.
Selain dari itu luhing tadi juga boleh diganti dengan ikan patin. Pun sedaaapp!
Selain dari itu,
daun pucuk ubi yang telah ditumbuk lumat juga boleh direbus begitu sahaja tanpa
menggoreng dan mencampur semua rempah dan bahan-bahan diatas kecuali perisa seperti
garam, msg atau pun gula (mengikut selera) semasa merebusnya. Pucuk daun ubi
hanya direbus begitu sahaja sehingga masak, dimana air (cukup sukatan untuk dijadikan sup) perlu dimasak terlebih dahulu dalam kuali sehingga mendidih, kemudian barulah masukkan daun pucuk ubi tadi, lepas tu boleh lah dihidangkan jadi sayur
rebus pucuk ubi. Cara ini pun sedap
juga, terutama untuk orang tua kita yang kadang-kadang tak da selera nak makan
serta malas dah nak makan makanan bergoreng, cara inilah selalunya jadi
pilihan. Makanan rebus ni pun tak kurang hebatnya, kerana baik dari sudut kesihatan. Saya belajar cara ini pun dari mak mentua. Sedap tau. Kalau rasa nak
ummph lagi, tambahlah cili, nah, kan mantaps! Hehee