Tuesday, November 17, 2009

Short Holiday P2 - Journey To My Kampung


Hhmm malas juga nak sambung cerita Short Holiday Part 2 nie...tapi sebab kan dek demand jadi buat lah..huhuu. Mana taknya dah dekat 2 bulan dah cheritera tu dah di publish kat sini..macam tunggu Part 3 LOTR pule weeeew...! Ok, di mana kah daku berhenti bercherita dulu tu??? I fikir bagus i cheritera dari mula perjalanan je kan, so tercover lah semua cheritera nanti hehheeeee. Macam ni....

Dari Kuching malam 19/9/09

Bas dijangka bertolak jam 8 malam. Hubby hantar i and my sister ke stesen bas, sementara aunty dah sampai. Naik bas and jalan. Pas tu, bas berhenti sekejap di Jelukong, buang air beli makanan and sempat ambik gambar sket, kekeeee. Kira-kira 30 minit, bas pun menyambung perjalanan. Ko orang tau tak, (dah maklum pun..) bas punya lah laju macam eroplen pulak. Tapi sempat juga tidur dalam bas yang sejuk tu.

Our ride...


sempat

Arrived at Bintulu 20/9/09

Kira-kira pukul 6:05 pagi 20 September 2009. Terima mesej dari aunty Rose yang bertanya di manakah gerangannya kami berada sekarang...mereka juge dalam perjalanan ke Asap tapi bermalam di Sibu malam tadi sebab uncle Ujang letih memandu, so mereka berehatlah kat Sibu. I tell aunty kami berada di terminal bas Bintulu and akan bertolak ke Simpang Bakun sekejap lagi. Aunty bagi lah cadangan on what we can do while waiting for uncle Ellie. "You all boleh lepak-lepak, beli sayur dan makan BBQ babi and chicken wing kat situ," kata aunty.




Selepas 30 minit berhenti di terminal bas Bintulu, kami meneruskan perjalanan sampai ke Simpang Bakun dan turun di situ. Wah... i remember this Kuching-Miri road, i said to myself...dulu waktu bertugas dengan Jabatan Penerangan, jalan Pan Borneo ini lah yang selalu menyaksikan Jabatan kami melaluinya untuk pergi ke setiap pelusuk negeri Sarawak saban tahun untuk program jelajah Kembara Merdeka...dari Lundu ke Lawas, dalam masa 2 minggu. Tak cukup menggunakan jalan darat, kami juga menggunakan jalan sungai untuk menjenguk penduduk terutama adik-adik di sekolah yang berada di Kapit, Dalat, Julau dan Oya. Untuk ke Asap pula, kami menggunakan jalan darat lah, yang akan kami gunakan kejap lagi. Waktu tu, seronok pula melihat telatah anak-anak kecill serta semua orang yang menyambut ketibaan kami. Semua keletihan hilang bila melihat mereka serta sambutan yang diberi. What a memories..

Di Simpang Bakun we lepak-lepak, as what you can read in my previous post lah yea...

Journey to Asap from Bintulu
My long lost Kazen Jiwa akhirnya membawa kami pulang ke kampung halaman di Asap. Sebelum memulakan perjalanan, kami berhentilah sekejap minum kopi dan makan mee di kedai tepi jalan. Tetapi ko orang tau tak, kedai ni multibusiness lah!! Selama 30 minit berhenti kat situ, kami sama-sama perhatikan kira-kira 15 buah kereta, hilux, pajero dan motosikal pun ada, berhenti untuk mendapatkan perkhidmatan mencuci kereta di situ. Wah! memang bagus bisnes orang Cina ni, i said. Ni baru sekejap ni je berhenti, kami dah hitung sampai 15 kereta datang untuk mendapat khidmat mencuci/membersihkan kereta...kalau sehari.....????!!! Untung lah Cina ni. Tak payah buka kedai kopi pun tak pe, untung masih ade..woow! sambil tu, sempat juga saya tengok kucing kepunyaan Cina kedai itu yang sedang rileks-rileks bermalasan di kerusi tuannya..Comel juge..


Ingin juga kidnap kuching nie..

Perjalanan kami ke Asap menyaksikan bukan hanya kereta kecil mengguna pakai jalanraya di situ. Lori-lori balak pun menumpang kemudahan jalan raya yang disediakan. Patutlah orang asyik mencuci kereta di kedai Cina tu sebaik saja datang dari Asap. Keadaan jalan yang berlopak dek lori balak itu juga menjadi punca semua kereta yang pegi ke Asap-Bakun sangat kotor dan berdebu, apatah lagi musim hujan. Sebab tu la kena cuci sebelum sampai ke Bandar Bintulu atau Miri, kalau tak, samanlah jawabnya...Jalan punya lah becak di sesetengah kawasan, berlubang dan rosak lah. Keadaan Jalan raya sebenarnya dah sempurna, tetapi di sebabkan dek lori balak, jadi teruklah jalan tu. Kasihan orang-orang di Asap/Koyan.

1st lori balak

Jalan raya bintulu-Asap. beginilah keadaan di sesetengah kawasan

Ada aduan....?

ntah yang keberape dah lori nie..

Antara penduduk Asap/Koyan yang mengguna jalan raya Bintulu-Asap-Bakun

Nie pun, ntah lori yang keberape...

Lebih kurang 2 jam setengah, kami pun sampai di kampung saya iaitu Rumah Juman Asap Koyan. Lega rasanya. Kami disambut oleh kazen-mazen dan yang paling cute ialah Larhay, anak uncle Sheidi yang paling bongsu.

Our long house, Rumah Juman Koyan

Ruai

Belakang/back yard



Aunty Siti, my sister, litle Larhay and her siblings

Cute Larhay

Malam tu, sempat juga menjenguk keluarga Late Temenggong Talek dan mengikut kebaktian malam. Aku suka khotbah pastor. Malam ini beliau tidak menyentuh soal di manakah roh seseorang itu semasa meninggal tetapi khotbah beliau ialah mengenai Spiritual Growth.. i so very like your sermon pastor, keep it up.


Sebelum pulang, sempat juga pergi menjenguk uncle Sang dan kazen mazen yang lain. Ambil gambar rumah panjang sekejap dan pemandangan di sekitar kawasan kampung.


Oh peristiwa yang paling lucu ialah, saye tersalah bilik bila balik dari rumah uncle Sang. Pagi tu untuk packing, saya balik le ke umah yang saya ingatkan bilik Uncle Ujang. Bila tiba di pintu bilik tu, saya pun dengan konfiden sekali memegang tombol pintu untuk membuka pintu bilik tersebut. Tapi, malangnya, pintu tu berkuncilah..aihh mustahil, tadi kan saya tak kunci pintu ni waktu keluar bilik, i said to myself...saya pulas lagi tombol pintu tu, memang sah berkunci.. . sambil menunggu pintu dibuka, lalu saye pun duduklah kejap di ruai. Selang 2 minit kemudian, pintu dibuka, maka tersembul lah muka nenek Ubong di pintu..lalu saye pun ketawa dan ketawa terbahak-bahak..Dia pula terpinga-pinga..!! Alahai..inilah akibatnya lama tak balik kampung, bilik sendiri pun tak tau mana satu, ujarku sendiri...hihihihi

p/s: To Anon, i hope this short simple story made up your days, perhaps make u smile with ending of my story yang lucu tapi benar itieeww.. :).

End..

4 comments:

  1. great!!!!!! cm nie selalu2 lah wat story psl belaga ..... kalau boleh menjelajah lah seluruh kampung pendalaman orang ulu .... dan jangan lupa pergi kampung yang paling lama di bahagian belaga .... pergi lah kat kampung uma sambop pulak tempat ea amat lah cantik .......
    apa2 pun about your story nie memang best ....

    ReplyDelete
  2. anon 1: welcem

    anon 2: kalau ada kesempatan dan masa mauk saya menjelajah pelusuk belaga koh..byk sgt cerita yg boleh ditulis mengenainya.

    ReplyDelete
  3. The King Casino | Situs Judi Slot Online Terbaik 2021
    Play online Pragmatic www.jtmhub.com Play Slots at The King Casino - Member Baru goyangfc & Terpercaya 2021! 출장샵 Rating: 98% · https://septcasino.com/review/merit-casino/ ‎240,388 jancasino.com votes

    ReplyDelete