Wednesday, October 21, 2009

My Little Garden

I love gardening and plant.

Masalahnya, tak da masa nak menghasilkan satu garden yang proper untuk menghasilkan landscape yang menarik. Selain itu penghasilan landscaping yang menarik juga menuntut wang yang banyak...haaa bukan kerja cin cai manchai tau!

Tapi sementara itu, i still manage to build my mini garden at home. Hilang segala keletihan bekerja bila melihat pokok bunga dalam pasu terutama bila bunga-bunga tersebut menguntum kelopak bunga yang pelbagai warna.. Fuuuhhhh!! Bessstttnye tengok bunga-bunga ni berkembang!! Ada yang berbau harum lagi tu. Release aku tengok.. Kata orang, berkebun dan menanam bunga boleh menjadi terapi kepada seseorang...aku rasa perkara tersebut memang betul dan tepat. Aku hepi tengok bunga-bunga hidup dan berbunga di luar rumah. Boleh lah menaikkan lagi seri rumah. Di samping itu, pokok-pokok bunga ni boleh juga menghambat dedebu dari luar dari memasuki rumah anda..

Lepas ni aku nak tanam bunga ni dengan lebih teratur agar tidak sia-sia begitu saja..eewaaah. So ini adalah sedikit dari koleksi bunga yang aku ader..hehee.. Thanks to my sister yang berikan bunga ini (segelintir) untuk aku jaga. Yang lain aku tanam le. My hubby also tolong aku siramkan bunga ni bila aku tak de di rumah. Thanks Darling! Muuaaaahh.


Jasmine..one of my favourite










Versi dalam rumah..malas nak berpasu, nanti kena ambik tanah pulak
V
v
v


Hmmmm i just love my little garden..

Tuesday, October 20, 2009

APC

Banyak juga yang berlaku last week..jadi entry kali ni akan ditulis dengan format berlainan sikit...nak buat macam diary lah kali ni.
So here it is.

Tengah hari Sabtu (17/10/09)

Hari ni, aku turun opis, bukan untuk keje tapi ada program sikit. Hari ini kementerian kami menetapkan untuk membuat majlis untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Jadi memandangkan aku salah seorang dari penerima, jadi aku turun lah ke opis. Majlis tersebut di buat di Auditorium P. Ramlee - kat opis kami lah.

Secara peribadi, aku begitu gembira melihat sahabat taulan yang lain turut sama menerima anugerah ini. Tahniah untuk semua dan diri saya sendiri.

Nak tahu kriteria untuk menerima APC? Mengikut hemat saya, antaranya ialah (wah macam nujum saja bunyi nya, hehehe);

i) Prestasi SKT 90% ke atas - tapi kalau SKT mencecah 98%-100% itu malaikat-jadi merepek.

Namun ranking markah keboleterimaan ialah melebihi 90% markah Sasaran Kerja Tahunan, SKT

ii) Hasil kerja yang bermutu

iii) Perlaksanaan kerja dapat diselesaikan mengikut sasaran

iv) Berdisiplin - Cth: Masa, Kehadiran di pejabat, penghasilan kerja mengikut masa yang ditetapkan, cara berpakaian.

v) Sumbangan kepada Jabatan - Terlibat dengan aktiviti luar mewakili Jabatan

vi)Pencapaian di luar - selain dari Jabatan, yang memberi nama baik kepada Jabatan

vii)Terlibat aktif dengan aktiviti Jabatan


Senarai di atas adalah anggaran beberapa perkara yang akan dipertimbangkan semasa pemilihan pemberian penganugerahan APC dibuat. Tak mudah...! Walaupun demikian, I am not saying that i am the best. Maybe i did fulfill little bit of the kriteria yang telah digariskan. Pun begitu, i tetap bersyukur kerana dipilih untuk menerima APC tahun ini. Diharapkan agar ia terus menjadi inspirasi untuk terus bertugas dan berkarya alam pekerjaan saya. Thank God for he allow me to be where i am now, walaupun tidak mudah. But I believe the strenght and wisdom given by God help me trhough.


















Sawai, Jum'atun & Me














Sebilangan Penerima APC










Lepas tu, aku masuk konti, melihat Superwoman ini bertugas..


hehehe sempat..demi chennta pada tugas..aiseh





............
Petang Sabtu (17/10/09)

Selepas majlis APC aku terus bergegas ke Santubong Resort untuk menghadiri Family Day Kelab Rekreasi RTM. Kawan aku catherine Biem dan pun menunggu siap-siap di SMS lagi aku tanya dah ke belom majlis APC kami. Sejurus sampai terus check in di bilik Cath, lepas tu cari barang makan. Lapar ooo..majlis APC tadi tak makan, ramai sangat orang jadi malas lah nak join mereka.


Selepas rileks-rileks pukul 7.30pm aku dan Cath bergegas ke Restoran Talang di mana aktiviti serta makan malam kami berlangsung. Oppss!! semua kena pakai baju MU ya - warna MERAH is a must! hahahah.. Sampai saja di restoren tu, aku dan Cath terus tolong mengatur hadiah untuk sukaneka dan menyelesaikan apa yang perlu sementara menunggu para tetamu dan tetamu khas hadir. Semua digalakkan membawa family masing-masing, maklumlah, kan famili day namanya.

Acara Makan


Hanya 4 orang wanita AJK Kelab Rekreasi

Me and Diana

Antara acara malam ini ialah sukaneka iaitu musical chair - yang membuat majlis kami kecoh-mecoh. Hahaha!!! Lucu melihat orang berebut kerusi. Anak-anak ahli kelab pun turut diberi peluang menyertai games tersebut.
Ahli AJK juga tidak ketinggalan. Kalau tak nak join games, kena tarik duduk di kerusi itu lah jawabnya. Jadi aku pun tak ketinggalan. Tapi yang lucunya, aku pula orang yang paling awal keluar untuk kategori remaja, hehehe...aha tak larat lah nak berebut duduk atas kerusi tu, huhuhuhu..Tapi enjoy banget dong!

Get ready
Go..!
UUpppss!! aku terkeluar, tak larat berebut kerusi huhuhuhuu



Selain dari itu, sedikit cenderamata juga diberi untuk semua yang hadir. Kemuncak acara ialah cabutan bertuah hamper sebesar kapal Titanic (eheheh) yang mengandungi 8 tin biskut!!! Tau siapa menang? TPKI! Hahahahhaa.. boleh tahan! Tapi awal-awal lagi beliau memang dah kata (macam tau-tau je) yang dia akan dapat hamper besar tu. Wah!! Masin mulut kau boss! Hahaha!

Jika direnung bersama, aktiviti seperti ini sebenarnya dapat mengeratkan tali silaturahim semua kakitangan jabatan. Dengarnya, satu lagi Open Day akan di buat oleh RTM hujung tahun ni...sama-sama kita tunggu dan lihat. Semoga ianya berjaya seperti tahun yang sudah-sudah.

On the way back home...so peacefulkan..? I really thankful for the keamanan dan kedamaian yang kita miliki di Malaysia khasnya di SARAWAK Bumi Kenyalang . People, come, lets together keep and take care the peaceful life that we have enjoy and treasure now.


Monday, October 19, 2009

My Wish..

I love this song...its very sincere. Well the same goes to you, from me. Enjoy the song.

Thursday, October 15, 2009

Tuesday, October 13, 2009

A Tribute To You

undesrcibable your mercy and loving grace
unbelieveable your love
how amaze is your forgiveness
your miracles beyond thought
you are sources of my strenght
the main reason why i should go on...

tak terungkapkan belas kasihMu
tak tersingkapkan cintaMu
bila engkau mengasihiku

**engkau tak tertewaskan
**engkau luar biasa
**engkau MAHA DAHSYAT

engkau ku andalkan dalam hidupku
siapa boleh mengalahkanMu?