Ada cerita mengisahkan bini tinggal kan suami. suami pula org yg rajin, sampai kain baju pun dia yang cuci, anak pun dia beri susu, memasak dan rumahpun suami yang sapu dan bersihkan. Pendek kata, semua hal dalam rumahtangga sisuami yang bereskan.. si isteri? Meleter tak habis-habis.., lepas itu tinggalkan si suami kerana lelaki lain. Kalau lelaki yang dia kejar tu kaya atau baik lagi dari suami atau kacak sikit oklah, ini pula orang asing; yang datang jadi kuli batak dalam negara ini...apa yang dicarikah?
Ada pula cerita si suami yang tinggalkan isteri yang selama ini menjalankan tugas sbg KETUA KELUARGA akibat dari kedayusan lelaki tersebut yang TIDAK TAHU tanggungjawabnya sebagai ketua sebuah keluarga. Semua kerja yang sepatutnya disandarkan dibahu lelaki seperti repair kereta, extend rumah, repair mesin basuh, pasang batu-bata dinding rumah pun isteri yang buat. Belanja sekolah anak2, si isteri yang usahakan.. Manakala si suami? Tukang pakai saja, nak beri duit untuk membayar semua kerja repair2 pun tak bagi langsung, jangan harap sama sekali, yang dia tau minta duit dari si isteri pula dan rosakkan semua yang ada termasuk kerja-kerja MEROSAKKAN RUMAH TANGGA mereka. Isteri yang berhempas pulas mengorbankan hidup sendiri menjaga dan membesarkan anak2 tidak direspect sama sekali oleh suami, apatah lagi ahli keluarga isteri yang lain. Hey, suami yang demikian layak masuk NERAKA daripada hidup menyusahkan isteri sahaja yang selama ini umpama bagai menggendong ular tedung dalam pelukan.
Apakah punca sebenar semua kekalutan ini? Adakah sikap pasangan yang dingin menyebabkan mereka berbuat demikian? Sikap dingin yang macam mana? Tapi apa pula punca pasangan bersikap dingin sedemikian rupa, kalau itulah punca semua kekalutan tersebut berlaku. Atau mungkin juga masing-masing bosan dengan seorang suami atau seorang isteri sahaja.....? Hakikat sebenar inilah masalahnya; bila kita melihat lelaki lain atau perempuan lain lebih cantik, kacak, lebih seksi, lebih kaya, lebih 'class' dari pasangan sendiri, maka mulalah hati kita digoda untuk menjadi lebih 'dekat' dengan seseorang tersebut yang akhirnya menjerat kita dalam hubungan baru. Maklumkah, ada penemuan baru yang lebih segar dari yang kita punya selama ini. Walaupun pada hakikatnya yang kita punya secara sah itu menjadi tidak cantik, menjadi lebih gemuk, menjadi lebih tua, menjadi lebih hitam, menjadi lebih kusam oleh kerana gara-gara melangsaikan tanggungjawab dalam rumahtangga dan mungkin untuk bekerja keras untuk memenuhi keperluan dan kehendak satu pihak sahaja dan mereka tidak pernah dihargai, yang menyebab mereka tidak cantik lagi. Dan, bagi orang yang mementingkan diri sendiri tidak kira lelaki atau perempuan, ketidakcantikan tersebutlah yang menjadi alasan mereka mencari orang lain...!
Apa yang menjadi persoalannya sekarang..? Pilihan ada ditangan masing-masing. samada kita ingin membuat rumahtangga sebagai MEDAN PERMAINAN atau menjadikan rumahtangga sebagai MEDAN UNTUK MEMBUAHKAN HASIL YANG BAIK. Bagi saya, setelah melangkah ke altar, KOMITMEN NEKAD hanya untuk mengasihi dan mencintai suami saya seorang sudah dibuat. Tiada lagi ruang untuk bermain-main cinta dengan lelaki lain walaupun ada yang lebih handsome dari suami. Untuk memahami suami seorang pun mengambil masa yang panjang, apa lagi nak menambah "KOLEKSI" baru... = jauh sekali. Tapi sesetengah orang tidak mengambilkira itu semua, yang penting banyak koleksi, lagi bagus. Tapi i tell you, masalah selepas itu pun BAGUS-BAGUS juga.... Hey, God is GREAT you know!