Tuesday, May 4, 2010

Amei..Tribute to you 太迟了 Too Late-例外人The Remnant (Official MV)

Hmmm..dara lan nah pekerem tua jan ngalong serita' lung urip ha' amin anih doh...liveng kui..(lama dah menyepi untuk menulis di ruangan ini..i miss it, just like what u said too, Anon) Too busy lately, too many activities and occupied with many things.

Hei, last week my sister Suze sms's me about the product of their hard works few months back. It is a video clip which involved my father (Amei) and aswell my sister. I really like that video clip and congratulation to the group - The Remnant, whom already produced a beautiful video clip and nice music and song arrangement aswell. I like the way they direct the video clip. I dont understand the lyrics, but the video can tell it all.

But am not talking about the video clip here... its about my FATHER. Sedar tak sedar dah jadi artis pulak bapak aku nih, sungguh boleh tahan..mesti lah, bapak aku kan! Walaupun hanya sebagai artis jemputan dalam video clip itu, tapi bagi saya, kehadirannya cukup memberi kesan ke atas lagu untuk video clip tersebut. Sedikit sumbangan muzik sape serta lagu asli Kayan 'Lemalu' nya telah memberi impak. Terkejut saya sebab, "eh, bapak pun menyanyi?" Selama ini yang saya perasan, dia hanya fokus dengan muzik sape nya saja. Jadi saksikan video clip itu...Tak percaya????? Tengok lah video clip tu sendiri.. BRAVO Amei!!!

http://www.youtube.com/watch?v=0vbiDSUJvAE

The Remnant FEAT Ukong Mering
- I hope you enjoyed the video clip; as i do too.

Sekarang ini, muzik SAPE nampaknya menjadi satu fenomena, apabila sedar tak sedar orang sekeliling berebut-rebut untuk belajar bermain sape, walaupun orang itu bukannya berasal dari golongan kaum Orang Ulu (sape adalah sejenis muzik tradisional Orang Ulu yang digunakan untuk mengiringi penari semasa menari. SAPE merupakan identiti kaum Orang Ulu itu sendiri, dan sangat popular dikalangan orang Kayan dan Kenyah). Yalah, mungkin mereka sedar betapa potensi muzik sape ini sebenarnya boleh menambat hati pendengar khususnya orang asing bila mendengar petikan muzik SAPE yang mendayu-dayu mengusik jiwa (untuk orang yang jiwang sajalah, orang yang brutal tak kan rasa apa-apa punye, cayalah..).

Anda semua tahu tak, ada satu aspek penting yang wujud dalam arena muzik sape? Hal tersebut ialah perbezaan melodi di antara pemuzik asal (original) sape daripada melodi pemain sape di zaman moden ini. Pada penilaian saya, ada dikalangan pemain sape moden yang bermain sape sekadar hanya untuk 'mengeluarkan bunyi' sahaja, bak kata orang, 'asal ada/sama bunyi' dan tak kurang juga yang memang boleh bermain sape dengan baik. Yalah, jangankan orang zaman moden yang baru belajar bermain sape, malah orang lama pun ada juga petikan melodi sape nya yang hanya selamba sahaja, bak kata orang, sekadar berada di permukaan sahaja, maksudnya seperti bukan diilhamkan dari jiwa. Tapi, apa pun jenis melodi sape yang dimainkan oleh pemain sape selain dari bapak, saya dapat membezakan sape siapa kah yang dimainkan; samada sape bapak atau bukan. Ya...sape bapak sudah biasa didengari sejak berada dalam kandungan mak saya lagi kan. Lagipun itulah melodi yang mendodoi saya sehingga tidur sewaktu kecil. Sekarang pun, masih hidup dalam jiwa raga... Satu lagi, lenggokan sape bapak tidak terdapat pada mana-mana pemain sape yang lain. Trademark itu yang membuat muzik sape nya berbeza... ORIGINAL!

My father have few students yang berguru dengannya selama ini. Untung sangatlah dia orang tu... Yang aku geram, my 2 brothers tak ambil peduli pun untuk nak belajar sape dari orang tua ini, buat deeeeekkkk je!! Biasa le, budak zaman ICT kan? Nanti bila ada chances bermain sape, my brother akan memainkan versi rocklah, versi yang entah apa-apa itulah dan macam-macam termasuk versi bunyi aneh yang terkeluar dari sape itu nanti bila mereka memetik sape...fuhhh!!! Java' nah ah.. ak ngitel levah apeng kua' ngahep. (Hehehe jangan mare brother) Men lim kelo' harik, harep itam ma'ie awang dahin mejat kenep anak ake' tam pekalei dak sape'.. ha' akui te' anak ake' ju pehaten lim kah akui medel daha' dak sape' nih.

Kerana minat dan cinta yang mendalam pada muzik sape, bapak akan bermain sape bila diberi peluang. Percaya atau tidak, bapak juga telah bermain sape waktu majlis perkahwinan saya tahun lepas, walaupun saya berkeras tak mahu bapak berbuat demikian. Dia kan Tetamu Kehormat. Tapi dia tak berfikir demikian, Persembahan Khas, kata bapak. Saya pun mengalah, yang penting dia guuumbira.


Bermain SAPE semasa majlis makan malam perkawinan saya tahun lepas


Mak pula menari pada masa tersebut..Thank you guys, for your contribution. I really appreciate it


Bermain sape semasa majlis 'Ngaja Amin' Jeflin (Uncle Elli Luhat's eldest son) tahun lepas


Majlis yang sama

Banyak lagilah event dan tempat bapak dijemput bermain sape selama ini. Hanya minat dan cinta yang mendalam terhadap musik ini membawa dia melangkah kaki ke merata tempat untuk bermain sape. Jika ada masa dan modal nak jugak buat satu album untuk bapak. Dia pasti suka sangat - itu saya tau..Tunggu jak pak, kalau umur panjang dan Tuhan memberkati pasti akan terbit album sape bapak.


P/s: Kamah Lejo, bila laaaa ko nak main sape, dahin diiringi joh kejun "Jun-jun jelupang...."?